KEMPEN INTERNET SELAMAT (PERKONGSIAN KANDUNGAN SECARA BERETIKA)
18 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 September 2026, telah diadakan Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk “Perkongsian Kandungan Secara Bertika” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini boleh ditonton secara atas talian.
Topik ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan berkongsi kandungan di Internet secara bertanggungjawab, berhemah dan beretika. Peserta didedahkan kepada aspek privasi, hak cipta, kesahihan maklumat serta kepentingan menjaga maruah dan keselamatan diri serta orang lain sebelum memuat naik atau menyebarkan sesuatu kandungan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: